Kenyataan Media: Lebuhraya SMART Beri Diskaun Tol 20% Sempena Dengan Perayaan Deepavali

Kuala Lumpur- Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowont SDN BHD (SMART) akan menawarkan diskaun tol sebanyak 20% kepada semua pengguna Lebuhrayanya sempena perayaan Deepavali 2015. Kadar tol selepas diskaun yang dikenakan hanyalah RM2.40 berbanding kadar biasa iaitu RM3.00 untuk setiap hala masuk dan keluar Kuala Lumpur.

Pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun ini dari pukul 6 pagi pada hari Selasa, 10 November 2015 hingga 6 pagi 11 November 2015. Ketua Pegawai Operasi Lebuh raya SMART, Mohd Fuad Kamal Arrifin berkata, diskaun tol yang diberikan merupakan komitment sosial syarikat kepada pengguna yang menggunakan Lebuh raya SMART pada hari perayaan tersebut.

“SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 2015 daripada pihak Pengurusan dan Kakitangan SMART”

Untuk sebaranf makluman lanjut, pengguna lebuh raya boleh lawati laman web SMART di www.smarttunnel.com.my , atau mengikuti kami di laman Facebook SMART Tunnel, Twitter @Smarttunnel dan berhubung di talian bebas tol 1300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan.