KUALA LUMPUR: Lebuh raya Smart tidak boleh dibuka kepada lalu lintas dengan segera selepas banjir kilat melanda Lembah Klang, Rabu lalu sebagai langkah berjaga-jaga berikutan faktor cuaca yang tidak menentu, kata Ketua Pegawai Operasi Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong
Sdn Bhd, Mohd Fuad Kamal Ariffin.
Beliau berkata, sebanyak tiga juta meter padu air dcatat memenuhi kedua-dua ruang terowong Smart semasa ke-jadian banjir itu, dan pihaknya mengambil masa enam jam untuk mengeringkan terowong tersebut.
Bagaimanapun, Mohd Fuad berkata Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) tidak membenarkan terowong dibuka sjurus proses pengaliran air selesai kerana faktor cuaca yang masih menunjukkan tanda-tanda hujan akan berterusan.
“JPS megambil tindakan sedemikian demi keselamatan pengguna terowong Smart danpihak kami terpaksa mengambil masa sehingga empat hari untuk proses pembersihan danpenyeleggaraan tersebut dengan lebih terperinci,” katanya kepada Bernama semalam.
Ia dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas sejak 2 pagi tadi. – Bernama